Khamis, 25 Julai 2013

kenapa jom sihat

As-salam. Selamat Datang.



Saya kadang-kadang terpikir kenapa pilih artikel jom sihat?
Bila fikir banyak perkara yang berkaitan dengan sihat.
Kalau semua orang tak sihat apa akan jadi kat dunia ni. bukan kerja seharian jerk tak boleh buat. Tapi perkara yang wajib (beribadah) pun tak boleh nak buat. 


Tapi saya bukan pakar dalam bidang fisiology ker dermatologis ker doktor ker ape ker. 
Tapi kerana minat dan hobi bersenam. dah jd kebiasaan bila ke gym atau mana-mana tempat riadah orang bercerita pasal kesihatan.
Timbul untuk belajar sikit-sikit dari orang yang pakar dan memperbanyakkan bacaan tentang kesihatan.




Cerita pasal bersenam pulak. ramai orang yang bersenam baik di gym atau tempat riadah. tapi pemakanan tak jaga. tak guna jugak. macamana nak sihat kalau senam 2jam pastu selagi mata celik mulut megunyah klu megunyah makanan yang sihat boleh terima lah jugak pastu tidur ada yang cukup ada yang tidak. ada pulak terus tak bersenam bekerja jerk selagi tak sakit kene berkerja katanya. dah sakit duk umah. selagi tak sakit maknanya sihat. pening.



Apa pula cerita pasal diet. ada pulak jaga diet pemakan bukan main lagi baik nak besarkan badan atau nak kuruskan badan dan nak sihat kan badan. tapi balik kerja tengok tv pastu tidur. bangun pergi kerja balik pusing-puding kat disitu juga tahap kesihatan. 

Cerita pasal produk kesihatan. biasa di farmasi dah biasa dengan produk makanan tambahan dan banyak tapi bila beli just ikut jerk apa yg disuruh tapi tak tahu untuk apa atau kesan pada tubuh kita. pergi ke gym bermacam lagi makanan tambahan tapi kebanyakan hanya untuk otot. nak besarkan badan nak kecikkan badan tapi tiada peneranangan yang khusus untuk kesihatan. 

Selalu terfikir untuk berbincang tentang perkara ni. tu yang timbul nak buat blog untuk kita kongsi sama-sama tapi tak buat-buat.
Sampai lah berjumpa dengan Seorang Ustaz. Dia pekenalkan dengan satau produk makanan tambahan yang pada asalnya tak pernah dengar. sekali bila buat rujukan produk ni dah terkenal keseluruh dunia. produk Shaklee namanya. pastu Ustaz ni pon bagi tahu yang kita kene kongsi ilmu tak kira apa pon kene tolong orang(melalui post fb haha).  dan produk ni pon dah banyak membantu kepada kita sebagai pelengkap makanana (makanan tambahan) untuk menjaga kesihatan sekaligus boleh mencegah penyakit dan InsyaAllah dengan iziNya  boleh merawat penyakit yang mana ramai kawan saya sendiri yang dah guna produk ni.saya sendiri pun tak tahu diorang dah guna dulu.

Jadi pas join ngan ustaz tu untuk memperkenalkan produk tu  dan dalam masa yang sama untuk berkongsi apa-apa maklumat tentang kesihatan. boleh memperingat sesama sendiri. yang mana kita nikan pelupa. walaupun dah tahu tapi selalu lalai dan lupa. 
dalam AL-Quran pun ada menyatakan
   " sesungguhnya manusia itu benar - benar dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran (surah Al-Asri ayat : 2-3) 

sam pai sini jerk dulu. hehe nanti sambung.