Jumaat, 26 Julai 2013

Apa Itu Sihat



 13541907752049454397




Sebenarnya apakah erti dan makna sihat itu sendiri dan bagai mana sihat yang diharapkan dalam diri kita?
Kita semua selalu ingin sihat!  namun perlu memahami erti sihat  secara benar dan tepat. Organisasi Kesehatan Dunia (WHO) mendefinisikan sihat adalah satu keadaan yang sempurna baik jasmani, mental dan sosial tidak hanya bebas dari penyakit, kelemahan atau kecacatan.
WHO mengaitkan dengan beberapa perkara melalui difinisi tersebut  yang dapat meningkatkan konsep sihat yang positif  iaitu
·         Memperhatikan individu sebuah system yang menyeluruh
·         Memandang sihat dengan mengidentifikasi lingkungan internal dan eksternal
·         Melihat penghargaan terhadap pentingnya peranan individu dalam kehidupan

SIhat Secara Jasmani
Semua organ tubuh berfungsi dengan normal (jantung, paru-paru, ginjal, liver, otak, dan semua anggota tubuh normal bergerak secara normal).
Sihat Secara Mental
“jiwa yang sihat ada didalam tubuh yang sihat”
Individu beriman , beribadah, hati dan pemikiran yang  bersih .Selalu gembira dengan hidupnya, santai tanpa ada tanda-tanda konflik kejiwaan. Bergaul dengan baik, boleh mengawal emosi serta tidak mudah marah.
Sihat Secara Sosial
Sentiasa bersedekah, suka menolong, pemaaf, tidak suka menyakiti org lain.
Sihat Secara Spiritual
Komponen tambahan melalui definisi sihat dan kehidupan seharian. Individu perlu juga mendapat pendidikan, kesempat berhibur, mendengar siraman rohani seperti ceramah agama, alunan lagu atau muzik agar terjadi keseimbangan rohani dan jasmani.


Di dalam islam juga amat mementing kan kesihatan misalnya
Rasulullah pernah bersabda:
“ dua nikmat yang sering tidak diperhatikan oleh kebanyakan manusia yaitu kesihatan dan waktu terluang”                                                                    Hadits Bukhari yang diriwayatkan Ibnu Abbas
Di dalam Islam ada yang dipanggil anugerah dan ada yang dipanggil usaha. Kesihatan adalah anugerah dari Allah yang Allah beri kepada siapa yang Dia kehendaki. Itu milik Allah. Bagi kita hambaNya yang disuruh adalah berusaha menjaga kesihatan. Ini kerana , usaha itu yang Allah berikan pahala.
Allah telah tunjukkan cara hidup sihat, disuruh jaga makan, jangan meletakkan diri dalam kebinasaan. Jadikan hidup yang sihat. Kembali kepada Allah. insyaAllah sejahtera dunia dan akhirat.

Mencegah itu lebih murah dari berubat, jadi berusahalah menjaga kesihatan  


Kesihatan yang baik bergantung pada kualiti (mutu) pemakanan yang baik. Badan memerlukan vitamin dan zat galian yang mencukupi bagi menjamin tahap kesihatan yag optima.
Kebanyakan penyakit yang kita alami sekarang biasanya berpunca dari tabiat pemakanan dan gaya hidup yang kurang baik dan tidak seimbang.

perut itu rumah penyakit. Diet (pemakanan yang sihat)  ubat yang paling utama”           
                                                                                                                Hadits Nabi S.A.W. Riwayat Sahih Muslim

Kita perlukan 40 jenis zat untuk kekal sihat yang sepatutnya ada melalui pemakanan harian. Tetapi zaman serba moden sukar bagi mendapatkannya kerana
·         Pencemaran dalam makanan tu sendiri
·         Pencemaran alam
·         Gaya hidup yang serba cepat dan moden
·         Tabiat pemakanan individu itu sendiri yang tidak sihat
Oleh itu pengambilan makanan tambahan bukan lagi pilihan bagi mereka unutk kekal sihat dan bahagia seterusnya sebagai pencegahan penyakit pembunuhan utama seperti sakit jantung , kanser, kencing manis, darah tinggi dan stroke.

mencegah itu lebih baik dari merawat’